Thursday, April 9, 2009

Triond.

Aku yakin ramai yang sudah menyertai program Triond dan ada juga yang tak kurang mengatakan benda nih susah nak buat duit. Ada juga yang cakap triond scam. Aii. Kalau scam, macam mana aku leh dapat duit dari diorang. Tiap2 bulan diorang hantar email kat aku. Setiap kali aku submit article atau gambar, diorang akan email aku untuk maklumkan bahawa semua yang aku submit itu sudah diupload dan diapproved dalam tempoh 1 minit sahaja.

Ok. Apa benda Triond ni?

Triond membayar kita melalui view atau nilai impression. Aku tak berani cakap 1 impression itu berapa harganya. Dari setiap 1 gambar yang aku upload. Aku dapat 0 cent. So, macam mana nak dapat duit dari Triond? Kalau kita upload gambar atau artikel. Of course la tak dapat duit ler! Kita kene bagi orang lain lihat gambar atau artikel kita tuh. Misalnya, aku bagi satu link dan orang klik link itu. Sebaik sahaja diorang klik link tu dan lihat gambar tersebut. Aku akan berjaya dapat $0.01usd. Tak banyak kan? Tapi bolehla untuk orang macam kita nih. So, lagi banyak artikel dan gambar korang dilihat oleh orang lain, lagi banyak sen yang korang dapat. Menarik tak?

Triond membayar kita melalui Paypal. Minimum payout? Aku tak sure. Sebab aku baru saja dapat payment sebanyak $0.53usd semalam. Biarpun tak cecah pun $1.00 dollar. Tapi ini membuktikan bahawa Triond bayar ahlinya. AKu yakin ramai orang yang dah buat duit dari Triond. Tapi dok senyap-senyap je tak nak wat bising. So, aku wat la bising kat blog nih. Blog ni takkan ajar korang jadi jutawan sebab aku bukan lagi jutawan. Sebab tu aku still cari cara buat duit di internet biarpun cuma bagi aku $0.10usd setiap hari. Ingat ramai ke orang nak bagi kita duit? Cuba mintak kawan RM10. Depa bagi tak?? Silap aribulan masuk buku hutang diorang.

Macam mana nak promosi? Promosi link gambar korang tu kat blog korang aje. Aku wat dari blog je nih. Tak apply lagi cara lain. Nanti aku try usaha sikit. Target aku hujung bulan ni lebih dari $1.00++. Harap aku berjaya capai. Aku tahu nampak memang sikit. Tapi selagi ada program yang beri kita peluang untuk buat duit, aku takkan lepaskan begitu sahaja. Lagi satu, korang boleh promosi kat forum signiture, kat sidebar blog korang, kat forum dan mana-mana lagi. Janji tak spamming bodo kat mana blog dan forum. Itu je. Kantoi dan akaun korang kene ban. Tanggung sendiri la..

Korang boleh tengok dekat site Triond jika nak tahu lebih pasal Triond nih. Sayangnya diorang takde affiliate program. So, aku tak dapat la komisen kalau ada orang join under aku. Tak apalah, dari awal lagi niat aku nak kongsi ilmu ni dengan korang. So, cuba dan aplikasikan dalam kehidupan online korang.

Dah. Jangan buang masa. Boleh register Triond kat website Triond sekarang >> Triond